SELAMAT DATANG KE BLOG HERITAGE AGRO FARM

Ternakan Lembu Fidlot

Penternakan lembu fidlot bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh 4 bulan.


Baka yang digunakan ialah baka import seperti Brahman, Draughmaster dan Nellore. Manakala baka tempatan dikacukan dengan baka import seperti Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore. Selain daripada itu, baka tempatan seperti Kedah-Kelantan (KK) juga boleh memberi peningkatan berat badan tetapi kadar agak perlahan.

Heritage Agrofarm terletak di Kampung Felcra Bukit Kapah, iaitu 15 km dari Pekan Kuala berang. Mempunyai kandang yang mampu memuatkan sehingga 100 ekor lembu dalam satu masa. Disamping itu kami juga menjalankan ternakan lembu secara integrasi dan mempunyai 50 ekor induk yang akan menyediakan bekalan anak lembu pada kos yang lebih murah.

Ternakan disini mendapat penjagaan rapi dari segi kebersihan kandang, minuman serta diberi makanan yang bermutu tinggi. Rumput Nappier di beri sebanyak 2 kali sehari. Ini akan memastikan lembu diternak menghasilkan daging yang bermutu tinggi.

Antara produk yang dihasilkan oleh Syarikat Heritage Agrofarm adalah :
- Lembu Hidup untuk kenduri kendara
- Lembu hidup untuk Qurban dan Aqiqah
- Tempahan Daging Segar
- Makanan Ternakan ( PKC & Silaj )

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian
013 343 5011 ( En Ridzuan ) atau
013 992 8051 ( En. Mamat )