SELAMAT DATANG KE BLOG HERITAGE AGRO FARM

LEMBU KK UNTUK IBADAH QURBAN

Tempahan Untuk Lembu Qurban ( kk ) Dibuka Sekarang.
Kepada Sesiapa Yang Berhajat Untuk Melaksanakan Ibadah
Qurban Bolehlah Membuat Tempahan Sekarang.
Harga Lembu Adalah Berdasarkan Saiz.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Saya 
013 3435 011 ( Ridzuan )
Pengangkutan Juga Disediakan





STOK LEMBU UNTUK PERMINTAAN BULAN RAMADHAN & AIDILFITRI... 

  Lembu-lembu yang baru tiba di ladang kami untuk memenuhi permintaan bekalan daging menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri.Selain daging segar, kami juga sedia menjual lembu hidup kepada mana-mana pihak yang berminat.

SILAJ BATANG JAGUNG SEDIA UNTUK DIJUAL.....


Batang jagung yang telah diangkut ke tempat khas memproses makanan ternakan 
( silage )

Makanan Ternakan ( Silage ) yang telah siap diproses dan sedia untuk dijual

STOK SILAJ BATANG JAGUNG SEDIA UNTUK DIJUAL.....


SEKITAR KERJA2 MEMBUAT SILAJ

KERJA-KERJA MEMBUAT SILAJ NAPPIER....

Kat bawah ni kami uploadkan gambar kerja-kerja memotong, mengangkut dan membuat silage nappier di ladang kami.. Selain untuk kegunaan sendiri, silage ni juga dijual kepada mana mana penternak yang ingin mendapatkan silage nappier. Pada minggu lepas seorang penternak telah menghubungi saya untuk membeli silaj nappier untuk ternakannya.. Jadi kelam kabutlah skit minggu ni untuk memenuhi kapasiti tempahan penternak tersebut.

Ni la pokok nappier aku yang hidup subur dan telah sesuai untuk dipotong... Sekiranya dibiarkan lebih lama, kandungan protein akan menurun..
pekerja sedang melakukan kerja-kerja memotong rumput nappier.

Rumput Nappier yang telah ditebang

Rumput nappier akan diangkut ke tempat yang dikhaskan untuk  memproses makanan ternakan ( silage )

Kerja-kerja meracik rumput nappier menggunakan mesin choopper ke dalam tong silage.
Rumput yang telah siap diracik dan dimampat untuk dimasukkan bahan-bahan membuat silage iaitu air, molases, garam dan campuran EM


LEMBU UNTUK STOK MUSIM CUTI SEKOLAH NI...


Ni la lembu yang baru tiba untuk stok musin cuti sekolah nanti. Bila dah tiba musim cuti, ramaila orang yang buat majlis kahwin.. so banyak la lembu yang nk pakai. hehehehe... yang baru tiba ni 10 ekor je.. xda stok dr supplier.. harap2 dh cukup untuk stok musim cuti ni.. tengok tempahan la, kalo dapat banyak tempahan, terpaksalah kna order lagi lembu-lembu ni.. tapi bila dh nk hampir musim cuti, harga lembu pn biasa akan naik, biasala bila permintaan tinggi, pembekal akan up la harga dari biasa.. itu dh lumrah..

LEMBU UNTUK DIJUAL

Ni je lembu yang dah matang untuk dijual yang masih ada. hanya ada 6 ekor sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat.. harga bolah dirunding.. berminat hubungi kami di talian 013 3435 011
Ini adalah anak lembu yang baru dibawa masuk untuk penggemukan. Kalo ada yang berminat untuk fidlot, boleh dirunding.. Yang ni ada stok 12 ekor lagi..
Rumput Nappier adalah sumber makanan utama ternakan lembu heritage agrofarm.. silaj nappier juga boleh didapati di ladang kami.

Si Jalak bersama pasangannya
M.Rayyan Naqiuddin, penternak cilik yang selalu membantu kami uruskan ternakan ayam kampung
Ni brooder yg dicipta khas untuk 3 peringkat umur anak ayam. petak 1 : umur 4 - 14 hari, petak2 : umur 15 - 30 hari dan petak 3 : umur 31 - 40 hari
Anak ayam berumur 40 hari yang baru dipindahkan ke reban atas tanah bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran luar
Anak ayam yang berusia 1 - 14 hari di letakkan dalam brooder yang berlantaikan habuk kayu
Antara anak ayam yang berjaya kami tetaskan menggunakan incubator
Pada waktu malam, anak ayam dalam brooder dipasang lampu baki membekalkan haba kepada anak ayam bagi mengelakkan kesejukan

Inilah first incubator yang digunakan oleh heritage agrofarm untuk ternakan ayam kampung

Bila dh menetas semua telur ni, riuh rendahla incubator ni dengan bunyi anak ayam.

Kami sediakan satu incubator khas untuk anak ayam yg berusia 1 hari sehingga 4 hari sebelum dipindahkan ke brooder

Ternakan Lembu Fidlot

Penternakan lembu fidlot bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu pedaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh 4 bulan.


Baka yang digunakan ialah baka import seperti Brahman, Draughmaster dan Nellore. Manakala baka tempatan dikacukan dengan baka import seperti Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore. Selain daripada itu, baka tempatan seperti Kedah-Kelantan (KK) juga boleh memberi peningkatan berat badan tetapi kadar agak perlahan.

Heritage Agrofarm terletak di Kampung Felcra Bukit Kapah, iaitu 15 km dari Pekan Kuala berang. Mempunyai kandang yang mampu memuatkan sehingga 100 ekor lembu dalam satu masa. Disamping itu kami juga menjalankan ternakan lembu secara integrasi dan mempunyai 50 ekor induk yang akan menyediakan bekalan anak lembu pada kos yang lebih murah.

Ternakan disini mendapat penjagaan rapi dari segi kebersihan kandang, minuman serta diberi makanan yang bermutu tinggi. Rumput Nappier di beri sebanyak 2 kali sehari. Ini akan memastikan lembu diternak menghasilkan daging yang bermutu tinggi.

Antara produk yang dihasilkan oleh Syarikat Heritage Agrofarm adalah :
- Lembu Hidup untuk kenduri kendara
- Lembu hidup untuk Qurban dan Aqiqah
- Tempahan Daging Segar
- Makanan Ternakan ( PKC & Silaj )

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi talian
013 343 5011 ( En Ridzuan ) atau
013 992 8051 ( En. Mamat )