SELAMAT DATANG KE BLOG HERITAGE AGRO FARM

SEKITAR KERJA2 MEMBUAT SILAJ

KERJA-KERJA MEMBUAT SILAJ NAPPIER....

Kat bawah ni kami uploadkan gambar kerja-kerja memotong, mengangkut dan membuat silage nappier di ladang kami.. Selain untuk kegunaan sendiri, silage ni juga dijual kepada mana mana penternak yang ingin mendapatkan silage nappier. Pada minggu lepas seorang penternak telah menghubungi saya untuk membeli silaj nappier untuk ternakannya.. Jadi kelam kabutlah skit minggu ni untuk memenuhi kapasiti tempahan penternak tersebut.

Ni la pokok nappier aku yang hidup subur dan telah sesuai untuk dipotong... Sekiranya dibiarkan lebih lama, kandungan protein akan menurun..
pekerja sedang melakukan kerja-kerja memotong rumput nappier.

Rumput Nappier yang telah ditebang

Rumput nappier akan diangkut ke tempat yang dikhaskan untuk  memproses makanan ternakan ( silage )

Kerja-kerja meracik rumput nappier menggunakan mesin choopper ke dalam tong silage.
Rumput yang telah siap diracik dan dimampat untuk dimasukkan bahan-bahan membuat silage iaitu air, molases, garam dan campuran EM

0 Response to "SEKITAR KERJA2 MEMBUAT SILAJ"

Post a Comment