SELAMAT DATANG KE BLOG HERITAGE AGRO FARM

LEMBU KK UNTUK IBADAH QURBAN

Tempahan Untuk Lembu Qurban ( kk ) Dibuka Sekarang.
Kepada Sesiapa Yang Berhajat Untuk Melaksanakan Ibadah
Qurban Bolehlah Membuat Tempahan Sekarang.
Harga Lembu Adalah Berdasarkan Saiz.
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Saya 
013 3435 011 ( Ridzuan )
Pengangkutan Juga Disediakan





STOK LEMBU UNTUK PERMINTAAN BULAN RAMADHAN & AIDILFITRI... 

  Lembu-lembu yang baru tiba di ladang kami untuk memenuhi permintaan bekalan daging menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri.Selain daging segar, kami juga sedia menjual lembu hidup kepada mana-mana pihak yang berminat.

SILAJ BATANG JAGUNG SEDIA UNTUK DIJUAL.....


Batang jagung yang telah diangkut ke tempat khas memproses makanan ternakan 
( silage )

Makanan Ternakan ( Silage ) yang telah siap diproses dan sedia untuk dijual

STOK SILAJ BATANG JAGUNG SEDIA UNTUK DIJUAL.....


SEKITAR KERJA2 MEMBUAT SILAJ

KERJA-KERJA MEMBUAT SILAJ NAPPIER....

Kat bawah ni kami uploadkan gambar kerja-kerja memotong, mengangkut dan membuat silage nappier di ladang kami.. Selain untuk kegunaan sendiri, silage ni juga dijual kepada mana mana penternak yang ingin mendapatkan silage nappier. Pada minggu lepas seorang penternak telah menghubungi saya untuk membeli silaj nappier untuk ternakannya.. Jadi kelam kabutlah skit minggu ni untuk memenuhi kapasiti tempahan penternak tersebut.

Ni la pokok nappier aku yang hidup subur dan telah sesuai untuk dipotong... Sekiranya dibiarkan lebih lama, kandungan protein akan menurun..
pekerja sedang melakukan kerja-kerja memotong rumput nappier.

Rumput Nappier yang telah ditebang

Rumput nappier akan diangkut ke tempat yang dikhaskan untuk  memproses makanan ternakan ( silage )

Kerja-kerja meracik rumput nappier menggunakan mesin choopper ke dalam tong silage.
Rumput yang telah siap diracik dan dimampat untuk dimasukkan bahan-bahan membuat silage iaitu air, molases, garam dan campuran EM


LEMBU UNTUK STOK MUSIM CUTI SEKOLAH NI...


Ni la lembu yang baru tiba untuk stok musin cuti sekolah nanti. Bila dah tiba musim cuti, ramaila orang yang buat majlis kahwin.. so banyak la lembu yang nk pakai. hehehehe... yang baru tiba ni 10 ekor je.. xda stok dr supplier.. harap2 dh cukup untuk stok musim cuti ni.. tengok tempahan la, kalo dapat banyak tempahan, terpaksalah kna order lagi lembu-lembu ni.. tapi bila dh nk hampir musim cuti, harga lembu pn biasa akan naik, biasala bila permintaan tinggi, pembekal akan up la harga dari biasa.. itu dh lumrah..